Terima kasih kerana sudi melawat….Diharapkan paparan saya dapat dimafaatkan bersama bagi menghadapi puasa dan rutin harian kita dengan lebih baik. Sempena perlancaran laman nurani SK Hijrah Badong ini yang telah mula bertapak pada 3 September 2008 yang lalu…saya ingin mengucapkan selamat berpuasa semoga anda semua dirahmati Allah dengan umur yang panjang, rezeki yang murah dan sentiasa mendapat perlindungan Allah S.W.T. Amin.
Di laman ini anda bebas membuat komentar dan download sebarang artikel atau buku.
Sekian dan Terima kasih.
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah ‘aqil baligh dan ketiadaan uzur syar’i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Rujuk: Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: “Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :” Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
TQ. Tahniah kerana mendapatkan hasil kerja yang menarik. Saya pasti paparan saudara amat berguna sekali buat kami di seluruh dunia ini sebagai panduan menjalani puasa ramadhan.
Terima kasih. Semoga Allah memberkati anda sekeluarga.
Wassalam
By: Suraya Bakeri on September 5, 2008
at 5:52 pm
Selamat Hari Raya to all my muslim brothers and happy holidays for everyone else!
On our part, let us all NOT be part of the Raya accidents statistics this year!
Take care!
By: syura on September 6, 2008
at 6:06 am
TQ.
Tahniah kerana berjaya menyajikan kami hidangan naluri dan makanan jiwa sebagai santapan kita ke akhirat. Insya Allah.
Selamat Berpuasa dan Berhari raya
By: Ab Raji on September 6, 2008
at 12:18 pm
Thank for good info.
Happy Pasting and Hari Raya.
Keep contact if any news….
By: Suresh Raju on September 6, 2008
at 6:03 pm
Assalamualaikum..
Paparan yang bagus sebagai panduan umat islam menjalani puasa ramadan.
Teruskan usaha baik ini semoga mendapat rahmat Allah.
Slmt Bpuasa dan Slmt Hari Raya maaf zahir dan batin
By: khasmidzan Merdzuki on September 6, 2008
at 6:26 pm
Gambar Pentas Karnival Pra Sekolah yang cantik. Siapa degisnernya, boleh berkenalan tak?
TQ
By: Nur Shafiqah Abd Rahman on September 8, 2008
at 2:36 pm